Wednesday, July 28, 2010

Jalan2, cari makan

Assalamualaikum...Salam hormat salam sejahtera kepada pembaca setia blog ini. Semoga anda semua sihat dan happy2 sokmo..hehe.. Entri kali ini aku nak bercerite tentang makan malam aku dan kawan2 UTP pade 22july2010. Memang best..sebab tempat makannye best and makanannye pun best. I would suggest you to go there whenever you are in this area. Tempat makan nie bername Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Tomyam. Dengar je name dier dah terliur kan? betul tak? Restoran nie terletak di sebelah kiri satu simpang empat sebelum nak masuk Batu Gajah jike anda dari arah Lumut, Perak. Jike teringin nak ke sane, contact2 lah aku ye..aku boleh tolong bawakkan..hehe..Insyaallah.. 
Restoran ini dikelilingi wakaf2 y dijadikan tempat makan. Jike korang bertuah atau sampai awal and bukan pade peak hours, korang berpeluang makan kat wakaf nie. Selain wakaf, ade gak meje2 makan y diletakkan pada open area, tapi klu hujan memang basah lah..hehe.. Kami datang malam tu, semue wakaf dah penuh, jadi duduklah kat meje dalam..mase tunggu makanan, ade satu family y keluar dari wakaf tu nak balik dah..jadi aku pn ape lagi..terus berlari nak "chopp" wakaf tu..hehe..Akhirnye dapatlah kami duduk makan dalam wakaf tu...hehe..sambil "bersimpuh ayu"lah masing2..hehe..
Dibawah nie adelah beberape makanan y kami pilih untuk makan pade malam tu..fuhh, memang layan. Jike korang suke makan nasi lemak, pilihlah nasi lemak kukus dier y boleh ditambah dengan beberape jenis lauk sampingan untuk nasi lemak tu. Anteranye; ayam gorang, ayam sambal, kerang sambal, ikan and macam2 variety lagi.
 
Yang bawah nie pulak adelah pilihan2 lain y boleh juge didapati di restoran ini. Antare y kami pilih adelah kerang rebus, tom yam campur,kailan ikan masin, botek (p/s:aku pn baru first time try dish nie). Botek nie rase dier macam tomyam gak, tapi tak lah sepekat tomyam campur y kawan aku order..botek nie lauknye ade ikan, udang, lala..aku rase dish dier nie letak makanan laut kot. Tapi best, boleh dilayan bagi anda y suke try makanan baru..macam aku..hehe.. 
Inilah rupe botek tu..nampak sedap tak?hehe.. Okeylah kawan2..sampai disini sahaje entri kali ini..teruskan FOLLOW blog aku ye..thank you..wassalam..take care you all..jumpe lagi!!!!

Wednesday, July 21, 2010

Nasihat Hidup Bahagia..

Barangsiapa menginginkan TEMAN, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan KEKAYAAN, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan NASIHAT, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan HARTA SIMPANAN, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

an awkward moment

Salam..kepada pembaca setia blog aku ni..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping mereka y disayangi dan dicintai.. Jadi, kali ni, aku nak bercerita tentang satu awkward moment y telah berlaku pada aku semalam..(p/s: semalam bagi aku bukan lah waktu malam tau, semalam tu maksudnye hari sebelum hari ni lah tak kire lah malam atau pn siang..) Aku telah menghadiri satu interview bagi jawatan quality engineer disalah sebuah syarikat y terletak di Taiping.. Masa orong tu call, dier cakap aku nye interview pukul 4ptg. Jadi dalam kul 3.30ptg aku dah sampai dah ke destinasiku. Bila sampai di sane, kene lapor diri kat pak guard dan teruslah masuk jumpe receptionist. Dah jumpe receptionist kat bawah tu, dier suruh aku naik atas. Kat atas pejabat tu plak adelah lah orang sambut aku dan bagi borang suruh aku isi. Aku pn isi je lah..tak sampai 15minit, borang pun dah lengkap diisi. Tepat jam 4, tak de sape pn panggil aku utk ke bilik interview ke ape ker..aku tunggu lah lagi..tunggu punye tunggu, ade seorang wanita datang suruh aku tunggu lagi sebab interviewer tengah meeting.. Dengan penuh kesabaran, aku pn terus menanti..sampailah jam hampir kul 4.45 ptg, aku dah fed-up..nak belah balik pn ade gak..aku sabor je lagi.. Tepat jam 5ptg aku pn dipanggil masuk sebuah bilik interview..aku dah moral down dah time nie..n what makes me more down is that the interviewer is a foreigner..huahahaha..berbelit-belit lah lidah aku speaking nanti..huhu.. Aku pn masuk lah..follow dier dari belakang..masuk je nak duduk, dier hulur tangan nak salam ngan aku..aku pn sambut..pastu dier tanye..are we allowed to shake hand?
Adoi! ape aku nak explain? dah lah aku tak reti nak explain dalam english..adoi...tolong2!!! Aku pn jawab lah cam nie "I accept your hand shake as a polite gesture"huahahahaa..ape lah aku nie..bengong..huhu..aku betul2 tak tau nak cakap ape kat orang tu..nak explain pn susah gak..huhu..dah lah ngan interviewer aku kan..huhu..aku jadi bengong sket..dah lah aku nie jahil skit bab2 nie..huhu.. Pastu ade lagi sorang interviewer masuk and dier pn hulur tangan and aku sambut..tapi interviewer 1 tak tanye ape2 lah kali nie..huhe..but at the end of session, nak belah dah..dah habis kene bantai dah aku nie dengan soalan2 killer derang, interviewer 2 pn hulur tangan salam ngan aku...but interviewer 1 tadi tak nak salam dah ngan aku..tapi aku hulur gak....wawawawa..aku wat pe nie??????aku pn tak tau..lepas tu aku terus keluar dari bilik interview and tak tau nak pikir ape dah..huhuhuhu...that was an experience for me...really2 new experience..huhu..tak tahu same ade baik atau pn buruk persembahan aku dalam bilik tu...tapi interview nie is something new to me dan aku redha je sama ada dapat atau pn tak..but that day..I have gain more than one experince..hehehehehehehe...i like.. Itu saje y aku nak crite..buat entri ini..thank you kepade y membace..and klu nak komen..sile2 kan lah ye..thanks.. wassalam

Sunday, July 18, 2010

Jika isteri menangis di depanmu..."Hargailah ia sebelum terlewat..."

Beberapa bulan kebelakangan nie, aku sering diundang ke majlis perkahwinan rakan-rakanku..ade y sempat aku pergi dan ade juge y aku hanye dapat wakilkan kawan y lain untuk pergi membawa pesananku..hehe.... Jadi sempene dengan perkahwinan y bakal dihadapi atau pn sedang di hadapi oleh setiap insan di muka bumi ini, maka aku memasukkan entri ini y aku bace..bertajuk
"Jika isteri menangis di depanmu.."Hargailah ia sebelum terlewat...""

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu... Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah! Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2,jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaatkau terperuk terlalu dalam … Wahai suami2,jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu? Apakah keistimewaan perempuan ini? Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN... SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya... PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya... Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.. Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. .. Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya... Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN... Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.. TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN. Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Cubelah..

Cuba lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

Friday, July 16, 2010

Petua 8P Ustazah Bahyah

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Siti Nur Bahyah berkata
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda (Buku ni memang best aku dah beli dah)

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

PTD-nak crite sket..

salam..selamat kembali ke blog aku...thank you kerane terus mengunjungi blog eden..hehehe.. Okey entri kali nie berdasarkan tajuk dah tau dah aku nak crite pasal PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41.. Untuk menjadi seorang PTD teramatlah "senang"..ade beberape peringkat y perlu dilalui sebelum dapat surat lantikan secare kontrak tu.. 1)exam Gred 41 y dimane semua pemohon jawatan gred 41 y memerlukan exam akan berkumpul beramai-ramai dalam satu hari untuk buat exam bertulis nie. exam ini biasanya diadakan pade hari sabtu dan akan dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun.. Kalau tak lulus sekali, jangan risau, boleh ambil lagi sekali 6 bulan lepas tu dengan syarat permohonan kita di SPA tu tak tamat tempoh la. Exam ini mengandungi beberapa bahagian: - pengetahuan am - matematik - karangan bm - karangan bi - pemahaman bi dan bm - lastly ujian sahsiah diri selepas exam, kite diberi tempoh lebih urang 1@2 bulan untuk menyemak result exam kite di laman web SPA. 2)PAC setelah lulus exam tadi, korang akn dipanggil untuk assessment atau dikenali jugak sebagai PAC atau pre PAC.. dah name assessment kan..banyak lah care dier nak uji ketahanan mental dan fizikal kite kan..so kat sini berdasarkan PAC y aku baru pergi pade 3 july 2010 ritu..ade beberape aktiviti y akan dilakukan. Mereka y menghadiri PAC ini akn dibahagikan kepade beberapa kumpulan kecil dalam 10-12 orang. Tapi sepanjang aktiviti berlangsung kite bukanlah akan stay dengan kumpulan y same..kumpulan kan diubah untuk setiap aktiviti..owh, untuk pengetahuan pembace, ini adelah PAC kali kedue y aku pernah pergi..kali pertame aku perge dah lebih kurang 1 setngah tahun y lepas dan perjalanan aktivitinye amatlah berbeze kali ini berbanding y aku dah pergi dulu..huhu..ok..teruskan kepada aktiviti kite.. - aktiviti 1 dan 2.. ianye berjalan secare serentak dimane dalam aktiviti 1 kumpulan ini diberikan 3 tajuk dan kite perlu discuss dan cari isi-isi penting ketiga-tiga tajuk ini selame 30minit bersame ahli-ahli yang lain..selepas 30minit, semua peserta diminta untuk keluar dari bilik discussion tue..dan kite akn dipanggil semula ke dalam bilik itu seorang demi seorang secare random untuk buat pembentangan selame 5minit tentang tajuk discussion tadi dan bukan semue tajuk kene buat pembantangan; penal akan memilih satu daripada 3 tajuk itu secara random untuk kite bentangkan..hehe..mencabar tak? ok..sementara aktiviti dalam bilik discussion berjalan antara seorang peserta dengan penal, peserta-peserta y tunggu giliran mereka diluar diberikan aktiviti 2..meaning that kite tak boleh dah discuss 3 tajuk awal tadi diluar sebab kite ade tugasan baru dimane satu artikel diberikan dan kite perlu buat rumusan artikel itu. Akhir sekali selepas semua peserta dah selesai aktiviti 1, kite kene bentangkan rumusan artikel tadi di depan penal secare berkumpulan pulak.. tengok betape mencabarnye PAC nie..hehehe.. - aktiviti 3 dalam jam 2.15ptg selepas makan tengah hari dan solat (p/s: makan kene beli sendiri ye), peserta akn berkumpul semula bersama kumpulan y lain dari dalam aktiviti 1 dan 2..klu jumpe kawan y same tadi kire nasib je la tuh..hehe..ok dalam aktiviti 3, peserta dibawa ke padang..dan diminta duduk dalam satu bulatan dimana semua peserta harus membelakangkan peserta y lain..aktiviti ini dikenali sebagai deria ke6..dier nak test tumpuan dan konsentrasi kite dalam perbincangan nie dengan kite tak menghadap kawan-kawan kite dan juge diganggu oleh bunyi persekitaran y pelbagai..so, perbincangan akan mengambil masa dalam 50minit.. - aktiviti 4.. hehe..disinilah mule kegelabahan aku bile peserta diminta untuk berlari sejauh 2.4km..huahahaha..mampus den..aku dah cakap dah kat member-member y aku kecut perut dan takut sebb aku nie dah lah tak bersenam..n tak suke berlari..takut pancit and pengsan je nanti..hehe..tapi at the end, aku tak percaye y aku mampu berlari sejauh itu dalam mase 10-15minit..kehkehkeh..ok pe..sebab ramai peserte y tergolong dalam golongan aku nie..hehehehe.. -aktiviti 5 nie y siot sket...selepas berehat dari menamatkan larian tadi..tak sampai 30minit pn..peserta dipanggil untuk masuk semula ke dalam kumpulan dari aktiviti 3..and guess what, kite kene wat impromptu speech dalam bahase inggeris tentang ape-ape saje perkataan y kite cabut dari dalam sampul surat keramat itu..dan giliran peserta dipanggil secara random jugak..and most importantly, penal tu panggil nombor aku dulu (p/s:dalam PAC nie kite hanye dipanggil dengan nombor y diberi semase pendaftaran dan nombor itu perlu digantung sepanjang mase dileher kite..hehe)..dah aku orang pertame, dengan gelabah and terkejut beruk, aku pn pergi cabut kertas dari sampul tu dan perkataan y aku dapat ialah "picture"..huahahah..citelah ape-ape je tentang picture y korang nakcrite dalam mase 5minit..hehe..antare perkataan lain y ade ialah chair, table, knife, paper and perkataan y sewaktu dengannye... selesai aktiviti 5 maka berakhirlah sesi pre-PAC selame satu hari ini..dan pulanglah setiap peserta ke rumah masing-masing dangan harapan akn lulus PAC dan dipanngil untuk ke peringkat y seterusnye iaitu INTERVIEW...sekian saja entri aku untuk PTD ini..sebab aku pn tengah tunggu result PAC aku nie..lepas ke tak untuk ke interview PTD pulak..(p/s:sebelum nie aku pn dah ke peringkat interview PTD gak, tapi tak de rezeki, aku tak lepas mase sesi interview..hehehehe..dan kali nie aku cube lagi..) adios kawan-kawan...anything nak tanye just comment atau antu email je eh.. salam sejahtera...wassalam.. aku saje je nak menulis sebab aku rase nak menulis walaupun entri ini tidaklah seberape best sangat..tapi sekadar informasi terkini.. Pade 3 july y lalu, aku telah pergi ke PTD Assessment Center (PAC) di INTAN Wilayah Utara INTURA. Ini adelah PAC kali kedue y aku dah pergi setelah kali terakhir hampir due tahun y lepas dimane aku hanye sampai ke peringkat interview dan di interview lah aku kantoi..klu tak kantoi aku dah tak ade kat UTP nie kot agaknye..hehe..ade hikmahnye aku tak dapat PTD kot..