Pada hari raya pertama, aku dan mama telah ke Tanah Merah..tujuannya ingin mengambil adik (ALIAH) dan adik iparku (Fareez) yang sudah seminggu berada di Tanah Merah di rumah ibu mertua adik ku..sambil tu kami sempat juga meluangkan masa beraya di sana..manikmati juadah raya di timur Semenanjung Malaysia..agak berbeza.. Mungkin juga kerana penat mengemas rumah dan menyediakan apa yang patut untuk hari raya menyebabkan aku menyambut hari raya pertama dengan hingus dan badan yang agak panas..demam..huhu.. Tapi apa saja yang ada di depan mata aku makan dengan sepuas hati...demam bukan masalah aku tak lalu makan..hehe.. Hari raya kedua kami bertolak seawal pagi dari Tanah Merah ke Kuala Kangsar..rumah opah aku..ibu kepada ayahku..ramai juga sanak saudara di sana yang berkumpul dan khabar yang baik ku sampaikan kepada mereka..bersiap sedia untuk ke Penang bulan 2 tahun depan ye..hehe..dengan tema tut tut..hehe.. Dari Manong, Kuala Kangsar kami beranagkat pula ke Teluk Intan rumah arwah atuk dan arwah nenek kepada ibuku. Kami tiba di sana agak lewat.. Berita yang sama juga kami sampaikan di sini..hehe..bulan 2 datang ke Penang ye..hehe.. Selepas menjamu selera..kami pun berangkat ke Penang..kami harus tiba di Penang malan ini juga sebab esok hari yang sanagat penting bagi aku dan keluarga..hehe.. Pada pagi haning 3 Syawal 1431 Hijrah..aku terjaga dari tidur dek bunyi mesin "mixer" mak aku daa.. Mama sedang membancuh adunan kek coklat untuk dihidangkan pada tetamu istimewa yang akan datang hari ini. Aku pun bangun mengemaskan katil..siap-siap dan turun membantu mama di dapur. Lelah malam tadi pun belum hilang lagi tapi hari ini terus ku gagahkan untuk satu tujuan yang suci dan murni..cewah..hari penentu masa depan ku..amin... Pagi itu, kami sibuk menyediakan juadah untuk tetamu hari ini.. Rombongan dijangka tiba selepas Zohor. Bakal tunangku dan rombongannya sudah tiba di Penang hari sebelumnya. Selepas siap semuanya, abahku datang ke rumah dengan membawa angkatan tenteranya seramai 4 orang..a.k.a adik-adik kecilku..dan kami sempatlah melayan karenah mereka sementara abah dan mak Ros pergi mencari cermin mata abah sebab abah akan mengambil periksa pada 14 September.. Lihatlah telatah mereka sambil dilayan Aliah dan Fareez..aku bagi rumah tu untuk mereka buat..tapi nasib baik ada moderator yang sangat pandai melayan budak..hehe..nak dekat dah lah tu nak jadi bapak..hehe..
Bakal ibu and adik-adik kecik..hehe..tapi tak tau nak "due" bile..lambat lagi ye..sabar-sabar.. |
Jeng-jeng-jeng..selepas Zohor..abah dah dapat cermin matanya..dan mak Ros pun mengangkut adik-adik kecil aku ke rumah mak tok a.k.a mak kepada mak Ros di Permatang Maggis, Kepala Batas..supaya tak ganggu proses perbincangan orang-orang tua nanti..belajar dari pengalaman masa Aliahnye time ritu..hehe.. Inilah dia rombongan yang dinanti..
p/s: mereka yang berbaju merah biji saga dalam gambar-gambar adalah abah dan adik-beradik my finance..and tambahan satu biji saga tu my finance lah..eh silap-silap!! berbaju merah biji saga..hehe..
Sesi perkenalan dan perbincangan pun bermula.. Ini adalah kali pertama family aku berjumpa dengan family tunang aku secara formal.. Mereka pernah berjumpa sebelum ini di acara-acara lain tapi masih belum sempat untuk berkenalan dengan lebih rapat.. Seperti yang kita sendiri tahu, bulan Syawal kan untuk mengeratkan silaturrahim sesama manusia..Diharapkan silaturrahim ini akan terus berpanjangan dan berkekalan di bawah keredhaan dan rahmat Ilahi..Amin..
Kene duduk kat dapur sambil curi-curi dengar perbincangan orang tua..hehe.. |
Mula-mula tu perasaan aku tak lah segelabah mane sangat.. Siap boleh poyo pulak bila sepupu aku tanya apakah perasaan aku..aku boleh jawab "ok je..tak de rase ape-ape pun"..Tapi tibe-tibe gelabah itu datang secara spontan bila orang tue-tue nie wat lawak..berbasi-basi lah pulak dengan tanye datang nak meminang sape?..ape namenye?..ade dua lagi bunge yang belum disunting..kelakor pun ade gak aku dengar..tapi beselah tu..hehe..Pastu siap panggil aku kat dapur nie tanye aku setuju kat tak..aku pun kene lah keluar dari dapur dan mengiyekan mereke..malu gile aku time tu..isk isk.. Selepas habis perbincangan..aku pun dipanggil sekali lagi untuk disarungkan cincin..cincin risik dan bertunang sekali..Alhamdulillah..semuanya dah selamat..dah tetap tarikh nikah dan kendurinye..Insyaallah 4 Februari 2011 kami nikah dan 5 Februari 2011 kenduri akan dilangsungkan di Kepala Batas..Amin..amin..
Cincin risik disarungkan oleh Mak Lang tunang aku..
Dan cincin tunang pula disarungkan bakal adik ipar aku..Nazatul Akmam.. |
Semuanya telah selamat..dan selepas menyarungkan cincin, aku, Aliah dan Anis (sepupu) pun mula lah menghidanagkan makanan kepada tetamu..
Selepas makan main menu, dessert pula dihidangkan iaitu kek coklat mama and puding gula hangus a.k.a cream caramel..dan buah-buahan..
Ini adalah gambar keluarga tunang aku..in pic: bakal bapak mertuaku and bakal adik iaparku..and my lovely finance..hehe.. |
1 comment:
ececeh...1st time karang blog habis2an..hehehe..
Post a Comment