Saturday, December 11, 2010

19 Keistimewaan Wanita Dalam Islam

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Doa Untuk Anak Nakal

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga. Ini memang tidak dapat dinafikan, selain usaha-usaha yang perlu kita ambil. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1. Amalkan membaca baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan kekepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah.
3. Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5.
Kemudian baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali -

"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"  dan hembuskan pada makanan atau minumannya.

4. Untuk suri rumah yang sedang memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Ini diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini Insya-Allah adalah doa pelembut hati.





Friday, December 10, 2010

Petue Untuk Buang Ilmu Penunduk

Ilmu penunduk itu sebenarnya dibantu samada jin pontianak, jin berupa binatang atau hantu raya. Sekiranya tidak dibuang “ilmu” tersebut, benda-benda  itu akan ganggu anak-anak keturunan anda. Seterusnya anakanak, cucu-cucu dan cicit-cicit akan mewarisi atau diduduki jin saka sihir yang beranak-pinak. Bermakna setiap keluarga dari anak-anaknya besar kemungkinan akan ada ahlinya yang sakit ketumbuhan di kepala, akan dapat penyakit mental, atau kurus kering. Begitulah "upah"nya dalam bahasa jin sihir.

Sebagai cara menawarkan “ilmu” tersebut:
  1. Mandi air Yasin tahlil masjid selama 7 hari berturut-turut. Air Yasin dicampur 5 biji limau purut. Sebaiknya jemaah yang baca 21  orang atau lebih.
  2. Baca Surah al-Baqarah 1 kali atau  Surah Yasin 3 kali setiap hari.
  3. Lakukan qiamulail selama 7 malam berturut-turut, Sebaiknya bersamaan dengan mandi air Yasin


HIV



Assalamualaikum..how are u guys?? hope all of you feel good today...amin..dah lame tak menulis cerite aku..hehe..ok lets start..



Pade hari Jumaat yang lepas aku telah ke KL untuk settlekan beberape hal related to my wedding. So, we decided to go for HIV test, in KL specifically. First, we went to one of the hospital in our pusat pentadbiran. Time tu lagi beberape minit je nak pukul 1145, and you know what happen, kaunter tu dah tutup pn. Orang y jage kaunter tu ade kat situ, tengah bace majalah. Pastu kami pun tanye lah nak buat HIV test kan..pastu dier cakap kene buat appointment dulu lah plak. Dier suruh datang balik kul 230. Aku n tunang pun dah start hangin dah nie. Dah lah lapo gare2 pagi tadi tak sempat breakfast sbb kene rush dari Teluk Panglime Garang ke area tu for our pre wedding..hehe.. Pastu aku cakap kat my tunang kite g jelah kat klinik2 area my fiancées house. Pegi situ pun dier cakap kene buat appointment jugak. N date y paling awal nak tau bile tak? 16december!!!hahahaha..alamat lambatlah gini..


Anyway. aku rushing nak buat test nie cepat2 sebab kat kawasan aku nak nikah tu which is Penang, before dapat kebenaran tu, kami kene buat interview dulu ngan tok kadi..huhu.. So, any pengantin y berasal dari Penang n hendak berkahwin d Penang kene buat interview dulu. Lepas dah pass interview baru boleh book kadi for nikah. Kalau lambat aku interview, melepas tarikh nikah karang..hehe.. Continue with our HIV test, lepas Jumaat, kami mencube nasib di hospital di "kuala lumper"..ehem2..sadly, the situation was the same. Kami dapat tahu y kat area KL nie prosedur nak wat HIV test tak boleh datang sergah jer, kene buat appointment.


So, bakal2 pengantin..rancanglah dengan awal. And lastly I decided to do my HIV test in klinik kat Kepala Batas jer. Aku datang, amik nombor, tunggu giliran, masuk bilik pembantu perubatan, kuar bilik pembantu perubatan, pergi makmal dalam mase 5 minit, the result is in my hand..n masuk bilik pembantu perubatan tu balik to get his sign n cop. SIAP!!!dalam mase 2 jam..huahahaha..ini gare2 aku g klinik lambat..padan muke aku..kalau awal dah siap dalam 30minit jer macam mase adik aku buat dulu..hehehehe.. As for my tunang, dier check ngan member kat Teluk Panglime Garang, they only have to go to the clinic after 2pm and after 15minit terus settle...Hadoi..kalau tau cam nie punye senang, tak yah dok pergi hospital/klinik area KL tanye nak buat HIV test. Anyway, that was our experience. An whats yours????


This week, my finance uruskan untuk dapat kebenaran nikah kat KL lak. So untuk kat KL u just have to go to JAWI with all your complete doc and after a few minutes, they released your kebenaran nikah. Dah boleh kawen dah!!!!! Oooopssss..aku tak dapat lagi daaa...hehe..anyhow, next week nak set appointment with kadi for my interview..hahaha..soalan dah bocor pun..semue pasal PAFA jer..but mase time interview tu boleh jawab ke tak Tuhan saje y tahu... wish me luck guys..amin...


So, my updated checklist for procedure boleh cancel dah beberape items..


PROCEDURE nak nikah
  1. Kursus kahwin (tunang, aku)

  2. HIV test (tunang, aku)

  3. Submit borang KL site

  4. Dapat surat kebenaran KL site

  5. Submit borang Penang site

  6. Interview di Pej. Agame Penang site

  7. Dapat kebenaran

  8. Booking kadi

Then then, cau cin cau...wassalam..









Pesanan Orang Tua-Tua Untuk ISTERI

  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.
  3. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau  menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  4. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  5. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.