Friday, July 16, 2010

PTD-nak crite sket..

salam..selamat kembali ke blog aku...thank you kerane terus mengunjungi blog eden..hehehe.. Okey entri kali nie berdasarkan tajuk dah tau dah aku nak crite pasal PTD atau Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41.. Untuk menjadi seorang PTD teramatlah "senang"..ade beberape peringkat y perlu dilalui sebelum dapat surat lantikan secare kontrak tu.. 1)exam Gred 41 y dimane semua pemohon jawatan gred 41 y memerlukan exam akan berkumpul beramai-ramai dalam satu hari untuk buat exam bertulis nie. exam ini biasanya diadakan pade hari sabtu dan akan dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun.. Kalau tak lulus sekali, jangan risau, boleh ambil lagi sekali 6 bulan lepas tu dengan syarat permohonan kita di SPA tu tak tamat tempoh la. Exam ini mengandungi beberapa bahagian: - pengetahuan am - matematik - karangan bm - karangan bi - pemahaman bi dan bm - lastly ujian sahsiah diri selepas exam, kite diberi tempoh lebih urang 1@2 bulan untuk menyemak result exam kite di laman web SPA. 2)PAC setelah lulus exam tadi, korang akn dipanggil untuk assessment atau dikenali jugak sebagai PAC atau pre PAC.. dah name assessment kan..banyak lah care dier nak uji ketahanan mental dan fizikal kite kan..so kat sini berdasarkan PAC y aku baru pergi pade 3 july 2010 ritu..ade beberape aktiviti y akan dilakukan. Mereka y menghadiri PAC ini akn dibahagikan kepade beberapa kumpulan kecil dalam 10-12 orang. Tapi sepanjang aktiviti berlangsung kite bukanlah akan stay dengan kumpulan y same..kumpulan kan diubah untuk setiap aktiviti..owh, untuk pengetahuan pembace, ini adelah PAC kali kedue y aku pernah pergi..kali pertame aku perge dah lebih kurang 1 setngah tahun y lepas dan perjalanan aktivitinye amatlah berbeze kali ini berbanding y aku dah pergi dulu..huhu..ok..teruskan kepada aktiviti kite.. - aktiviti 1 dan 2.. ianye berjalan secare serentak dimane dalam aktiviti 1 kumpulan ini diberikan 3 tajuk dan kite perlu discuss dan cari isi-isi penting ketiga-tiga tajuk ini selame 30minit bersame ahli-ahli yang lain..selepas 30minit, semua peserta diminta untuk keluar dari bilik discussion tue..dan kite akn dipanggil semula ke dalam bilik itu seorang demi seorang secare random untuk buat pembentangan selame 5minit tentang tajuk discussion tadi dan bukan semue tajuk kene buat pembantangan; penal akan memilih satu daripada 3 tajuk itu secara random untuk kite bentangkan..hehe..mencabar tak? ok..sementara aktiviti dalam bilik discussion berjalan antara seorang peserta dengan penal, peserta-peserta y tunggu giliran mereka diluar diberikan aktiviti 2..meaning that kite tak boleh dah discuss 3 tajuk awal tadi diluar sebab kite ade tugasan baru dimane satu artikel diberikan dan kite perlu buat rumusan artikel itu. Akhir sekali selepas semua peserta dah selesai aktiviti 1, kite kene bentangkan rumusan artikel tadi di depan penal secare berkumpulan pulak.. tengok betape mencabarnye PAC nie..hehehe.. - aktiviti 3 dalam jam 2.15ptg selepas makan tengah hari dan solat (p/s: makan kene beli sendiri ye), peserta akn berkumpul semula bersama kumpulan y lain dari dalam aktiviti 1 dan 2..klu jumpe kawan y same tadi kire nasib je la tuh..hehe..ok dalam aktiviti 3, peserta dibawa ke padang..dan diminta duduk dalam satu bulatan dimana semua peserta harus membelakangkan peserta y lain..aktiviti ini dikenali sebagai deria ke6..dier nak test tumpuan dan konsentrasi kite dalam perbincangan nie dengan kite tak menghadap kawan-kawan kite dan juge diganggu oleh bunyi persekitaran y pelbagai..so, perbincangan akan mengambil masa dalam 50minit.. - aktiviti 4.. hehe..disinilah mule kegelabahan aku bile peserta diminta untuk berlari sejauh 2.4km..huahahaha..mampus den..aku dah cakap dah kat member-member y aku kecut perut dan takut sebb aku nie dah lah tak bersenam..n tak suke berlari..takut pancit and pengsan je nanti..hehe..tapi at the end, aku tak percaye y aku mampu berlari sejauh itu dalam mase 10-15minit..kehkehkeh..ok pe..sebab ramai peserte y tergolong dalam golongan aku nie..hehehehe.. -aktiviti 5 nie y siot sket...selepas berehat dari menamatkan larian tadi..tak sampai 30minit pn..peserta dipanggil untuk masuk semula ke dalam kumpulan dari aktiviti 3..and guess what, kite kene wat impromptu speech dalam bahase inggeris tentang ape-ape saje perkataan y kite cabut dari dalam sampul surat keramat itu..dan giliran peserta dipanggil secara random jugak..and most importantly, penal tu panggil nombor aku dulu (p/s:dalam PAC nie kite hanye dipanggil dengan nombor y diberi semase pendaftaran dan nombor itu perlu digantung sepanjang mase dileher kite..hehe)..dah aku orang pertame, dengan gelabah and terkejut beruk, aku pn pergi cabut kertas dari sampul tu dan perkataan y aku dapat ialah "picture"..huahahah..citelah ape-ape je tentang picture y korang nakcrite dalam mase 5minit..hehe..antare perkataan lain y ade ialah chair, table, knife, paper and perkataan y sewaktu dengannye... selesai aktiviti 5 maka berakhirlah sesi pre-PAC selame satu hari ini..dan pulanglah setiap peserta ke rumah masing-masing dangan harapan akn lulus PAC dan dipanngil untuk ke peringkat y seterusnye iaitu INTERVIEW...sekian saja entri aku untuk PTD ini..sebab aku pn tengah tunggu result PAC aku nie..lepas ke tak untuk ke interview PTD pulak..(p/s:sebelum nie aku pn dah ke peringkat interview PTD gak, tapi tak de rezeki, aku tak lepas mase sesi interview..hehehehe..dan kali nie aku cube lagi..) adios kawan-kawan...anything nak tanye just comment atau antu email je eh.. salam sejahtera...wassalam.. aku saje je nak menulis sebab aku rase nak menulis walaupun entri ini tidaklah seberape best sangat..tapi sekadar informasi terkini.. Pade 3 july y lalu, aku telah pergi ke PTD Assessment Center (PAC) di INTAN Wilayah Utara INTURA. Ini adelah PAC kali kedue y aku dah pergi setelah kali terakhir hampir due tahun y lepas dimane aku hanye sampai ke peringkat interview dan di interview lah aku kantoi..klu tak kantoi aku dah tak ade kat UTP nie kot agaknye..hehe..ade hikmahnye aku tak dapat PTD kot..

Thursday, June 24, 2010

of my master

Pejam celik, pejam celik..dah hampir 2 tahun dah aku kat UTP nie. Patutnye by the end of this semester, july..I have to submit my final thesis so that I can prepare for my viva..but you who know me, know me laa...aku nie kan suke main-main..hahahaha..jadi tak sempat habis.. Eh, bukan lah...master by research nie yang susahnye dier tak macam by coursework..hahaha.. Master by coursework kite kene g kelas, jawab test, wat assignment and jawab final exam dah setel..and also a part of final project kan.. BUT, mater by research nie, kalau macam course aku nie y ade kaitan ngan bahan kimia and kene gune equipment, it might be a big problem when your chemical not arrive on time. Klu chemical dah ade, baru bleh wat experiment..dah wat experiment kene wat testing lak tengok experiment kite tu tak berjaye..kat sini mulelah keje2 equipment y kite dah senaraikan tadi..bile time nak wat testing, equipment lak boleh down setelah beberape hari kite booking nak gune sebelum tu..tak ke down kite time tu..klu sekali due takpe beb..tapi dah beberape kalii if kite tak de support and positive attitude around us, kite pn akan putus ase beb..so, aku nak give my very deep thank you to my parents..mama, abah, detam and my sisters..and also my loving and caring other half of me..they are my best moral support..thank you..and I promise to bring back my master degree scroll to them..Insyaallah.. Selain dari itu..my thank you to my friends in UTP too...Huda Z and Nona who are always with me in the lab..tak luppe gak Mc Sha, Noi, Eda and Huda Y..and lastly Hafiz..the only male from UTM that I know here...haha.. So, for those who don't know wat is master by research all about, you better know it before hand..and if your mind is not really ready to continue your study..just put it on hold and make yourself ready first..that is my piece of advice..thats all for this time...tudelu....adios...berjumpa kita di lain entri...salam sejahtera..salam hormat my blog readers...

of being far away

How would you feel if the other half of you is not near to you? Though you are not married yet, you still want to be closed to each other right? Ape y aku merepek daa...haha..saje je merepek jap and nak membersihkan sawang-sawang dalam blog aku nie...mungkinkah ade kebahgiaan dalam perpisahan? hahaha.....

Friday, May 21, 2010

Cinta Itu Anugerah

Salam..dari sebuah website yang aku lawati, aku telah membaca kisah ini..dan ianya telah membuatkan kaca-kaca dimataku berderai ke bumi..hahaha..jiwang karat jap.. Actually I like to read this type of story cause it will be my guidance to enter my future life..haha.. ENJOYSSS!!!

“ Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. ”
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih...lelah. Alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya. Bahawa saya inginkan perceraian.

“ Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “ Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. ” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, Nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan peraasannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “ Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti? ”. Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“ Siti ada 1 soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, akan Siti ubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti? ”

Dia termenung dan akhirnya berkata. “ Abang akan memberikan jawapannya esok ”. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah segelas susu hangat yang bertuliskan..

“ Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu. Tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“ Siti boleh mengetik di komputer abang dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. ”
“ Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu untuk Siti ketika pulang ” .

“ Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari 1 lot kedai ke 1 lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah. ”

“ Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”

“ Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan jadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami. ”

“ Siti selalu menatap komputer, membaca buku, dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. ”

“ Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu. ”

“ Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. ”

“ Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti. ”

“ Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti, abang tidak akan menahan Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“ Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita. Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”

“ Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia. ” Saya terpegun. Segera saya memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh, kini saya tahu. Tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

“ Itulah cinta. Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam *kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam * kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan senbelum ini. ”

“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan-itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan-itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan-itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. ”
“ Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan. ”

Friday, May 14, 2010

dah lame tak menulis..

Salam..coretan ini ku bawakan buat tatapan semua kerana aku dah lame tak menulis dalam blog ku ini..dah lama ku tinggalkan ia.. Maklumlah, sekarang nie buzy sket. Aku tengah mengejar eksperimen-eksperimen yang nak disiapkan by the end of july. That is my target..i have told my family and supervisor about this..after finishing my experimental works, then i can focus on my thesis writing..and at the same time find job or might be at that time I am working..who knows..but ini sume perancangan kite jer..segalenye ditentukan oleh Dia yang maha besar...semoga Dia terus melimpahkan rahmatnye kepada ku dan mereka y seperjuangan dengan ku.. Kepada sahabat-sahabatku di sini; Nona, Eda, Huda Y, Huda Z, Mc Sha, Noi and last but not least our only male UTM friend Hafiz..somege kalian juge berjaye mencapai ape y telah kite perjuangkan beberape semester ini..gud luck everyone..tak tau nak cakap cam ne. Tapi perit jerih ini perlu ditamatkan agar ianye tak membelenggu kite salamenye..Chaiyok2 everyone..gambateh! wassalam..