Sebagai persediaan untuk bakal-bakal pengantin...
Banyak salah tanggapan yang berlaku di awal perkahwinan kerana kurangnya persediaan pasangan untuk menghadapi cabaran yang menanti. Antaranya:
- Perkahwinan yang baik akan sentiasa romantik. Hakikatnya, tingkahlaku romantik dalam perkahwinan tidak akan berlaku tanpa usaha. Pasangan perlu memupuk sikap romantik sesama sendiri. Adakalanya dugaan dalam perkahwinan malah usia perkahwinan itu sendiri akan menghakis suasana romantis.
- Perkahwinan dapat diteruskan atas dasar cinta semata-mata. Hakikatnya, walaupun cinta diperlukan untuk menghidupkan perkahwinan tetapi cinta sahaja tidakdapat menyelesaikan semua masalah yang bakal ditempuhi. Suami isteri perlu berkominikasi dan menguruskan masalah dengan baik agar perkahwinan ini berkekalan.
- Perkahwinan akan membuat saya bahagia. Hakikatnye kebahagiaan bukan ditentukan oleh pasangan anda tetapi diri sendiri. Ianya sesuatu yang subjektif dan hanya anda sahaja yang tahu apa yang akan membahagiakan anda. Ada orang yang berkahwin tetapi masih tidak mengecapi kebahagiaan yang mereka inginkan. Kebahagiaan perlu dicari dalam diri sendiri dan dikongsikan dengan pasangan.
- Pasangan saya sepatutnya tahu kehendak saya. Hakikatnya, pasangan anda tidak akan dapat membaca fikiran anda walaupun dia seorang yang bijaksana. Keperluan dan kehendak dari segi fizikal, emosi, psikologi, keselamatan dan lain-lain perlu disuarakan dengan jelas agar pasangan anda mengetahuinya.
- Konflik bermakna cinta kita telah berkurangan. Hakikatnya, konflik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam perhubungan. Pasangan akan memiliki perspektif yang berbeza tentang pelbagai perkara. Ini tidak bermakna mereka akan kurang menyintai satu sama lain apabila berlaku konflik. Konflik yang diselesaikan dengan baik akan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dan mematangkan suami isteri.
Sekadar renungan dari Hj Hushim Hj. Salleh.
No comments:
Post a Comment