Friday, October 15, 2010

Vaksinasi untuk baby..hehe..

Actually, aku tengah browse tentang vaksin hepatitis B..aku cadang nak derme darah lagi..dari rekod buku derme darah tu, kalau derme darah 2 kali dalam mase 12 bulan boleh dapat suntikan hepatitis B secara percuma di hospital kerajaan. So, aku pn browse lah..tapi tibe2 terjumpe pasal vaksinasi baby lak..so, as preparation for me, aku pun masukkan lah pasal vaksinasi baby nie into my entri..hehe..sape2 y getting ready to deliver..boleh lah bace2 ye..take care mommy-to-be..

Vaksinasi
Vaksinasi juga dikenali sebagai imunisasi. Ianya diberi untuk menghalang penyakit berjangkit yang berbahaya seperti batuk kering, Hepatitis B dan polio. Vaksin membantu tubuh untuk menghasilkan antibodi dengan itu tubuh akan berupaya untuk melawan penyakit sekiranya terdedah kepada jangkitan.

Untuk memastikan anak anda sihat anda mestilah memastikan mereka mendapat imunisasi yang lengkap. Bayi yang mendapat imunisasi yang lengkap akan mempuyai antibodi dalam tubuh dan yang akan melindungi mereka dari penyakit tertentu. Sekiranya mereka tidak dilindungi dan terdedah kepada sumber jangkitan, mereka akan jatuh sakit atau mengalami komplikasi yang boleh membawa kematian.
Walaubagaimanapun, vaksin adalah lebih efektif jika diberi pada masa yang sesuai. Jadual imunisasi di bawah menyenaraikan cadangan umur dan jenis vaksin untuk anak anda.

 Jadual imunisasi bayi

Pilihan: Vaksin Pneumococal dan Vaksin Rotavirus
1.Vaksin BCG
2.Vaksin Hepatitis B
3.Vaksin 3 Serangkai (DTP)
4.Vaksin Polio
5.Vaksin Hib
6.Vaksin MMR
7.Vaksin Cacar
8.Vaksin Hepatitis A
9.Vaksin Pneumococcal (pilihan)
10.Vaksin Rotavirus (pilihan)

1. Vaksin BCG (Bacillus Calmette-Guerin)
  • Melindungi dari tuberculosis (TB), yang disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis
  • Tuberculosis - menjangkiti paru-paru,kelenjar,tulang dan otak - boleh menyebabkan tuberculosis meningitis (pembengkakan pada   selaput otak bayi).
  • Tanda kemerah-merahan si tempat suntikan 3 hingga 5 hari selepas imunisasi
  • Selepas 2 hingga 3 minggu benjol akan muncul
  • Dos kedua untuk memperkuatkan antibodi diberi pada umur 12 tahun.

  • Menghalang dari jangkitan Hepatitis B
  • Virus Hepatitis B (HBV) menyebabkan masalah hati yang serius dan boleh menyebabkan kematian contohnya kegagalan fungsi hati dan kanser hati.

  • Melindungi daripada difteria (D), tetanus (T) dan pertussis (P).
  • (i) Diftera
    -Bakteria Corynebacterium diphtheriae biasanya menyerang tekak, mulut dan hidung.
    - Boleh menyebabkan pernafasan terhenti.
    - Boleh menyebabkan pneumonia, kegagalan fungsi hati dan lumpuh.
    (ii) Tetanus (kancing gigi)
    - Tetanospasmin (toxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium tetani ) menyebabkan kekejangan otot.
    - Menyebabkan otot pernafasan mengalami kekejanagan dan boleh membawa maut.
    - Wanita mengandung diberi suntikan imunisasi untuk tetanus sewaktu kandungan berusia 7 bulan. Ini akan meningkatkan antibodi terhadap tetanus dalam tubuh bayi yang bakal lahir maka, ia dapat mencegah dari dijangkiti tetanus.
    (iii) Pertussis
    - Juga dikenali sebagai batuk kokol.
    - Bakteria Bordetella pertussis menyebabkan paru-paru tersumbat oleh mukus yang dihasilkannya.
    - Boleh membawa kepada bronkitis dan pneumonia.

  • Melindungi daripada poliomyelitis.
  • Poliomyelitis - poliovirus menyebabkan radang otak dan boleh menyebabkan maut - boleh menyebabkan kaki dan dada lumpuh menyebabkan proses berjalan dan bernafas menjadi sukar.

  • Melindungi daripada  bakteria Haemophillus influenza jenis b (Hib).
  • Hib menyebabkan meningitis (keradangan pada selaput yang menyaluti otak) dan menyebabkan kerosakan otak.
  • Selepas imunisasi bayi akan mengalami demam selama sehari.

  • Melindungi daripada demam campak,  beguk, dan rubela.
  • (i) Demam campak
    - Paramyxovirus menyebabkan demam panas, batuk dan ruam.
    - Boleh menyebabkan jangkitan di telinga, pneumonia, meningitis, hilang keupayaan mendengar, kerosakan otak dan kematian.
    (ii) Beguk
    - Paramyxovirus kelenjar air liur dibawah rahang membengkak menyebabkan penghidap berasa sakit, demam dan sakit kepala.
    - Juga boleh menyebabkan meningitis atau hilang keupayaan mendengar.
    - Boleh menyerang ovari bagi perempuan dan testis bagi lelaki seterusnya mengakibatkan azoospermia (tiada sperma) dan kemandulan.
    (iii) Rubela
    - Juga dikenali sebagai demam campak German.
    - Virus rubella menyebabkan demam, ruam dan pembengkakan kelenjar di bawah rahang.
  • Bayi mungkin akan mengalami demam selepas disuntik dengan vaksin MMR .

  • Melindungi daripada jangkitan virus varicella zoster.
  • Demam cacar - the Varicella zoster virus menyebabkan ruam gatal dan demam - boleh menjadi teruk sehingga membahayakan nyawa bayi.
  • Bayi anda mungkin akan mengalami demam dan beberapa vesikel mungkin muncul selepas vaksinasi.

  • Melindungi daripada jangkitan  Hepatitis A.
  • Hepatitis A - Virus Hepatitis A boleh menyebabkan penyakit kuning (kulit dan mata berwarna kekuningan) - juga menyebabkan sakit perut teruk dan cirit-birit dan boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk.
  • Menghalang jangkitan hepatitis daripada makanan yang tidak bersih.

  • Melindungi daripada jangkitan  pneumococcal.
  • Mengandungi ekstrak 7 spesies streptococcus pneumoniae yang paling biasa ditemui.
  • Melindungi daripada strain yang kedua paling kerap menyebabkan meningitis, pneumonia, bacterimia (kahadiran bakteria dalam darah untuk sementara) dan otitis (radang di bahagian tengah telinga).
  • Dos yang diberikan berbeza mengikut umur.

  • Melindungi daripada gastroenteritis (radang pada dinding perut dan usus) yang berpunca daripada rotavirus.
  • Gastroenteritis - menyebabkan cirit-birit, demam dan muntah-muntah - Punca utama cirit-birit dikalangan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Ia merebak dengan mudah sekiranya termakan makanan yang dicemari najis orang yang telah dijangkiti.
  • 2 dos vaksin oral diberi sekurang-kurangnya selang 4 minggu dari dos pertama.
  • Dos pertama seboleh-bolehnya diberi sewaktu berusia 6 minggu dan dos kedua ketika berusia 16 minggu. Kedua-dua dos mesti diberi sebelum bayi mencecah 24 minggu.
  • Bayi anda mungkin akan mengalami sedikit demam atau muntah dalam tempoh 7 hari selepas imunisasi.


Sumber : http://www.metromaternity.com

Tuesday, October 12, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Anda..


Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.
Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?
Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.
Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.
Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
01.
Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.
Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.
Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.
Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.
Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.
Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.
Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.
Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.
Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.
Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.
Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
Sumber I luv Islam

Friday, October 8, 2010

Khasiat Peluk Isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Thursday, October 7, 2010

Jangan Berhenti Berkenalan: Buat Renungan Suami Isteri


“Abang rasa dah makin kuranglah dengan kari..” luah suami sebaik selesai makan tengahari. Saya berpaling mendengar kata-katanya. Entah mengapa, tiada angin, ribut jauh sekali, tiba-tiba sahaja suami berbicara tentang makanan. Saya pula yang tertanya-tanya kehairanan.


“Karipap pun sama…”suami menambah bicara tanpa sempat saya menjawab sepatah dua.


“Alamak, susahlah As.” Saya membalas spontan. Buat-buat cemas sambil menggaru kepala yang tidak beralas.
Anak mata saya tepat memandang ke wajah suami. Cuba menelek-nelek keseriusan di sebalik patah katanya. Mana tahu, luahannya itu sekadar gurauan semata.


Namun, sebaik pandang bertemu pandang, dari sinar mata suami, saya seakan mengerti. Dia tidak berjenaka dengan kata-katanya tadi.


‘Patutlah abang kurang berselera,’saya berbisik. Tidak terucap, sekadar terdengar di dalam diri sendiri sahaja. Terbayang kembali suapan suami yang tidak selaju biasa sewaktu menjamah nasi berlaukkan kari ayam tengahari ini.

PERCERAIANBuat kesekian kalinya, usai membaca satu berita dari laman Berita Harian Onlinebertarikh 6 Oktober 2010 semalam, saya melepaskan satu keluhan yang cukup berat dan dalam. Membaca tajuk berita sahaja sudah cukup meresahkan jiwa. Masakan tidak, kandungan yang dipapar menggambarkan betapa gawat dan runcingnya institusi perkahwinan di kalangan masyarakat Islam dewasa kini.


Walaupun latar tempat dan negara di mana kes perceraian tersebut dilaporkan, bukan berlaku di Malaysia, namun, oleh kerana ia juga merupakan salah sebuah negara umat Islam, saya tetap merasa bimbang dan tidak senang. Berita tersebut melaporkan :







“Kadar perceraian tinggi di Kuwait dilaporkan berterusan
selepas pihak berkuasa mendakwa 3,153 kes perceraian dicatatkan sepanjang enam
bulan pertama tahun ini.


Jumlah keseluruhan perceraian dicatatkan 5,965
kes, tahun lalu. Sementara itu, bilangan perkahwinan pula menurun selepas pihak
berkuasa mencatatkan 6,914 perkahwinan pada enam bulan pertama tahun ini
berbanding 14,155 pada 2009.


Bilangan perkahwinan dan kes perceraian menjadikan
kadar perceraian 42 peratus, antara yang tertinggi di dunia. ”



Keadaan ini mengingatkan saya kepada emel-emel yang menceritakan masalah rumahtangga yang sedang dialami oleh kebanyakan pasangan suami isteri di Malaysia hari ini. Rata-rata emel yang saya terima datangnya dari kaum hawa. Ada yang mengadu suami bertemu cinta yang baru, tidak kurang juga yang merintih bila suami yang disayangi, tiba-tiba beralih kasih.


Demikian juga paparan di dada-dada akhbar yang mengenengahkan berita/kes perceraian terutama di kalangan artis, selebriti dan golongan kenamaan. Hampir saban hari.


Sungguhpun mereka menyatakan, mahligai rumahtangga yang mereka dirikan bermula dengan rasa cinta dan suka, bahkan banyak juga pasangan yang mengakui amat menyintai pasangan masing-masing malahan sebahagiannya sudah memasuki gerbang seabad hidup bersama sebagai suami isteri, tetapi rumahtangga yang dibina atas dasar cinta ini tetap roboh bila berlaku sedikit sahaja perubahan seiring usia dan peredaran masa.


Mengapa?


SALING MENGENALI
Saya yakin, mana-mana pasangan yang telah menempuh alam perkahwinan beberapa tahun lamanya pasti mengakui dengan penuh sedar bahawa cinta bukanlah segalanya di dalam rumahtangga.




Sungguhpun kalimah cinta sebelum pernikahan banyak menjadi penyebab bertautnya jiwa uda dan dara untuk melayari bahtera rumahtangga melalui pernikahan, namun ia tidak akan dapat bertahan lama andai tiada usaha dilakukan bagi memastikan bunga-bunga cinta yang telah bersemi di awal perkahwinan itu terus berkembang indah, hidup subur dan mewangi sentiasa.


Tempoh hidup bersama memungkinkan suami dan isteri untuk masing-masing lebih mengenali. Sejak awal usia perkahwinan, dari sehari ke sehari semakin banyak maklumat tentang pasangan yang dapat diketahui; kelebihan dan kekurangannya, sifat dan tingkahlaku, juga perubahan watak dan reaksi pasangan terhadap sesuatu situasi yang berlaku.


Semua itu merupakan satu proses di dalam rumahtangga. Andai sebelum berkahwin, peratusannya mungkin hanya sekitar 30%, namun sebaik melangkah ke alam rumahtangga, peratusan itu pasti meningkat dari semasa ke semasa.
Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Justeru itu, ramai pasangan suami atau isteri hari ini yang mendakwa sudah cukup masak dengan sikap dan perangai pasangan masing-masing.


“Luar dalam, semua dah tahu.” Demikian ungkapan yang selalu diwarwarkan.




PERUBAHANSikap ‘beranggapan’, mengagak atau menyangka bahawa suami atau isteri sudah mengenali pasangan masing-masing di depan mata adalah umpama racun yang boleh menghakis sedikit demi sedikit keharmonian dan keutuhan rumahtangga.


Hal ini kerana setelah proses mengenali mulai sampai ke tahap kemuncak, kesilapan mula terjadi. sesudah masing-masing mulai merasakan mereka telah saling mengenali, telah mencerna erti faham memahami di antara suami dan isteri, mereka bagaikan berhenti dari terus mengenali.


Sedangkan, di fasa pertengahan perkahwinan, ia merupakan satu tahap yang memerlukan suami dan isteri untuk lebih aktif dan pro-aktif mengenali dan memahami pasangan. Ini kerana ujian kehidupan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan semakin besar dan mencabar. Dan inilah salah satu punca yang mencetus perbalahan suami isteri setelah sekian lama melayari bahtera bahagia.


Sewajarnya, setiap pasangan perlu memahami dan menyedari bahawa pada awal perkahwinan, perasaan cinta dan rindu yang menguasai ketika itu hanyalah bersifat ‘kosmetik’ dan sementara sahaja, kerana ia belum diuji dan teruji. Rasa cinta pada fasa pertama itu hanya menggebu dengan diwarnai oleh sikap 'ingin dimiliki dan memiliki' terhadap pasangan masing-masing semata.


Manakala cinta yang menjalar secara perlahan-lahan seiring proses mengenali pasangan di sepanjang pelayaran bahtera perkahwinan, sangat berpotensi untuk lebih kekal dan kian mengental andai ditanggapi secara bijaksana, lantaran ia tumbuh dari ujian dan cabaran yang berencam bentuknya. Dari perasaan benci dan kasih yang bersilihganti, tawa dan tangis yang menambah makna yang akhirnya bersebati menjadi kasih sayang, menyemai kemesraan, rasa percaya sehingga menatijahkan hubungan yang bahagia, saling mengasihi dan menghargai.




MANUSIA BERUBAHHakikatnya, sangat sukar menemui seseorang yang dapat kekal dengan 'diri' yang sama selama hayatnya. Pertambahan usia, pengalaman hidup, perubahan persekitaran dan pertemuan dengan individu lain baik yang menjadi teman, rakan sekerja, jiran tetangga dan lain-lain mampu mengubah seseorang kepada ‘individu’ yang baru iaitu dengan merujuk kepada cara berfikir, keperibadian, kehidupan sosial bahkan sehingga gaya penampilan, cara bercakap dan seremeh panggilan nama juga turut mengalami perubahan.


Keadaan inilah yang memerlukan suami atau isteri untuk sentiasa ‘up-to-date’ terhadap pasangannya. Jika lalai, leka dan memandang sebelah mata sahaja, maka sudah pasti sebarang perubahan yang berlaku akan menular menjadi satu masalah yang menggugat keharmonian rumahtangga, lebih-lebih lagi jika perubahan itu ketara menjurus ke arah negatif dan tidak selari dengan tuntutan ILAHI.


Oleh itu, sebelum meletakkan 'orang ketiga' sebagai punca perbalahan, sudah takdir dan tiada jodoh menjadi alasan, lakukan muhasabah diri terlebih dahulu. Andai diimbal balik sebab dan punca sebenar masalah yang berlaku kemungkinan ia bermula dari kelekaan untuk mengenali dan memahami pasangan.


Insafilah selalu, bahawa setiap manusia sememangnya diciptakan berbeza (termasuk suami isteri) dengan manfaat dan ruang untuk bertaaruf ( saling mengenal ) di antara mereka. Firman ALLAH SWT :





يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ
اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ٌ



Maksudnya : “Wahai manusia, sesungguhnya Kami (ALLAH) telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (TA’ARUF). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Surah Al-Hujurat ayat 13 )


Seiring berlalunya waktu, kehidupan di dalam perkahwinan akan beransur menjadi suatu rutin yang biasa, dengan suami atau isteri merasa bahawa seharusnya pasangannya sudah tahu apa yang diinginkan oleh diri masing-masing.


Pada saya, tanggapan ini kurang tepat. Seharusnya, suami dan isteri tetap perlu terus mengenali khususnya melalui komunikasi yang lancar dan saling terbuka. Sentiasa berkongsi cerita, serta menyatakan keinginan tanpa perlu berahsia, seterusnya berusaha untuk saling mengoptimumkan kelebihan masing-masing demi kerukunan perhubungan di samping tidak lupa memuhasabah kekurangan yang ada dan bersedia menerima kesilapan sendiri tanpa memanjangkan perdebatan atau merasa sakit hati.




JANGAN BERHENTI BERKENALAN“Hmm, nampaknya kena cari resepi baru ni. Alamak…alamak..” gurau saya masih bernada cemas. Sengaja. Perkataan ‘alamak’ itu saya sebut kuat-kuat. Biar jelas menerobos ke corong telinga.


Selepas 11 tahun berumahtangga dan mengetahui menu kegemaran suami ialah kari, kali ini, saya akur sendiri. Di dalam hati, saya mulai berkira-kira untuk meninjau-ninjau resepi terkini dari laman-laman resepi yang sering menjadi rujukan saya memasak terutama ketika ketandusan idea.


Sayang dan menghargai suami, seleranya perlu dijaga. Itu pegangan saya.


“Tapi abang masih minat dengan soto. Daging masak hitam pun sama,” jelas suami tanpa dipinta. Seakan memahami gelodak rasa yang bermain di jiwa saya.


Saya melirik ke arah suami. Melihat senyumannya yang melebar tatkala menatap wajah saya yang agak berkerut, cepat-cepat saya mengalihkan pandangan ke kaca TV. Namun di dalam hati, saya tersenyum lega.


Alhamdulillah…


Terima kasih abang kerana membantu diri ini untuk terus mengenalimu…


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.