Friday, May 21, 2010

Cinta Itu Anugerah

Salam..dari sebuah website yang aku lawati, aku telah membaca kisah ini..dan ianya telah membuatkan kaca-kaca dimataku berderai ke bumi..hahaha..jiwang karat jap.. Actually I like to read this type of story cause it will be my guidance to enter my future life..haha.. ENJOYSSS!!!

“ Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. ”
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih...lelah. Alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya. Bahawa saya inginkan perceraian.

“ Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “ Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. ” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, Nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan peraasannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “ Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti? ”. Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“ Siti ada 1 soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, akan Siti ubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti? ”

Dia termenung dan akhirnya berkata. “ Abang akan memberikan jawapannya esok ”. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah segelas susu hangat yang bertuliskan..

“ Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu. Tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“ Siti boleh mengetik di komputer abang dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. ”
“ Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu untuk Siti ketika pulang ” .

“ Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari 1 lot kedai ke 1 lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah. ”

“ Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”

“ Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan jadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami. ”

“ Siti selalu menatap komputer, membaca buku, dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. ”

“ Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu. ”

“ Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. ”

“ Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti. ”

“ Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti, abang tidak akan menahan Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“ Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita. Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”

“ Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia. ” Saya terpegun. Segera saya memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh, kini saya tahu. Tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

“ Itulah cinta. Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam *kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam * kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan senbelum ini. ”

“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan-itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan-itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan-itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. ”
“ Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan. ”

Friday, May 14, 2010

dah lame tak menulis..

Salam..coretan ini ku bawakan buat tatapan semua kerana aku dah lame tak menulis dalam blog ku ini..dah lama ku tinggalkan ia.. Maklumlah, sekarang nie buzy sket. Aku tengah mengejar eksperimen-eksperimen yang nak disiapkan by the end of july. That is my target..i have told my family and supervisor about this..after finishing my experimental works, then i can focus on my thesis writing..and at the same time find job or might be at that time I am working..who knows..but ini sume perancangan kite jer..segalenye ditentukan oleh Dia yang maha besar...semoga Dia terus melimpahkan rahmatnye kepada ku dan mereka y seperjuangan dengan ku.. Kepada sahabat-sahabatku di sini; Nona, Eda, Huda Y, Huda Z, Mc Sha, Noi and last but not least our only male UTM friend Hafiz..somege kalian juge berjaye mencapai ape y telah kite perjuangkan beberape semester ini..gud luck everyone..tak tau nak cakap cam ne. Tapi perit jerih ini perlu ditamatkan agar ianye tak membelenggu kite salamenye..Chaiyok2 everyone..gambateh! wassalam..