Wednesday, November 3, 2010

"I ambik ini, u swipe tu. I swipe tu, you ambik ini"

Gambar sekadar hiasan

Yeay..tak sabar nye nak hujung minggu skali lagi.. Hujung minggu nie I and tunang nak g beli barang-barang for our hantaran..sekarang kan tengah banyak sale..so, we want to take the chance lah kan..hehe.. Tak sabarnye shopping..bukan tak biase shopping..tapi shopping kali nie lain sebab akan dibuat sekali jer seumur hidup..Amin..Insyaallah.. Maka akan terjadilah seperti dialog ini "I ambik ini, u swipe tu. I swipe tu, you ambik ini"..huahaha..sekadar gurauan..adeptasi dari filem Nujum Pak Belalang..mase Badan ngan Nyawa merompak istana..hehehe..anda masih ingat???

"Ya Allah..kau panjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat.. Same to you guys too..semoge bertemu jodoh and kekal bahagia sehingga ke akhir hayat" AMIN..AMIN..AMIN..


Gambar sekadar hiasan
And most important I nak catch up J-Card day kat Cheras Selatan on this Thursday kalau sempat I turun ke sane after my students presentation. Kalau dah lambat sangat, tunggu weekends lah g shopping tempat lain pulak..hehe.. And after shopping on Thursday tu, kalau tak de aral melintang I and tunang have to fetch my future sister in law in Melake. Dier cuti dah kot..I pun tak pasti..and Friday there is wedding to attand in KL..Insyaallah.. Cuti weekend lame kan..so, ramai y wat majlis.

See you guys at Jusco..hehe..

Salam..




Tuesday, November 2, 2010

Wajib Qadha!!

Kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
"Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

My wedding Part 1

Adekah majlis aku lambat lagi? Terase begitu lambatnye..adoi.. Tengok kat wedding ticker tu ada lah dalam 94 hari lagi nak nikah and tambah sehari untuk majlis resepsi. Ade lebih kurang 3 bulan lagi ye kawan-kawan..hehe. Pejam celik pejam celik..mase y di nanti akan tibe jue. Adakah ini perasaan biase..hehe.. Maka dengan itu aku pun nak wat list lah ape yang dah buat and yang masih belum settle.

PROCEDURE nak nikah
  1. Kursus kahwin (tunang, aku)
  2. HIV test (tunang, aku)
  3. Submit borang KL site
  4. Dapat surat kebenaran KL site
  5. Submit borang Penang site
  6. Interview di Pej. Agame Penang site
  7. Dapat kebenaran
  8. Booking kadi 
Huahaha..semua belum buat lagi kecuali g kursus.. Awal lagi..slalu dalam sebulan lebih baru orang settlekan procedure nie kan.. Tengok blog B2B yang lain..hehe.. And orang jabatan agame belah my tunang and my site pun cakap bulan December nie baru boleh ambil borang. Dulu, mase nak uruskan adik I kawin, borang tu kene bayar RM1 but hari tu bile my mum pergi sane to ask about mine, derang kate nak tukar format and tak nak charge dah. So tu sebab kene ambil bulan Dec. nie..Next..

Checklist for majlis nikah
  1. Tempat - rumah..Insyaallah..kali nie buat kelainan..
  2. Caterer
  3. Baju nikah
  4. Make-up
  5. Aksesori: sampin, songkok and brooch, tudung, butang baju melayu..ape lagi eh?
  6. Bantal nikah
  7. Kipas nikah
  8. Photographer
  9. Guest list - family y terdekat..bukan ape..rumah kecik jer..family pun ramai..lagipun esok nak kenduri kan..so, guys..meet you all kat dewan yer..

Checklist for resepsi
  1. Tempat - dewan kat kawasan rumah
  2. Kad kahwin + bunting
  3. Caterer + canopy + meja + kerusi
  4. Hiasan dewan
  5. Aturcara majlis
  6. Bibliografi
  7. Baju resepsi
  8. Make-up
  9. DJ
  10. Kek
  11. Silat/kompang
  12. Door gifts for VVIP
  13. Door gifts for VIP
  14. Door gifts for guest
  15. Hadiah surprise
  16. Photographer
  17. Pengapit - siapakah?
  18. Guest list
  19. TQ stickers

Checklist for bilik pengantin

Bilik pengantin nie my mum and I akan uruskan sendiri..sbb buat majlis kat dewan, rugi je amik mak andam hias bilik. Lagipun bile hias bilik sendiri, we can put our personal touch in it..for our first nite with the love one..hehe..****
  1. Cadar and sarung bantal
  2. Langsir
  3. Hiasan bilik
  4. Cat rumah bahagian luar pulak..dulu time my sis dah cat bahagian dalam..hehe..
Tak tau nak hias cam ne lagi..tapi colour theme dah ade dah..hehe.. tunggu last minute baru boleh decorate..time tu lah idea akan datang mencurah..yang penting the big things dah prepare dah..Insyaallah akan siap dalam bulan Dec nie..


Hmmm..ape lagi eh..kalau teringat nanti sambung balik list nie..u guys pun tolong ingatkan I mane2 y patut ye..Thanks,,see you again..Insyaallah..

Monday, November 1, 2010

Pameran Pengantin

Salam..kepada B2B, jangan ketinggalan untuk menyertai Pameran Pengantin yang akan diadakan di SACC Mall Shah Alam pade 5-7 November nie.. See you there..Insyaallah..

Karnival Pengantin SACC Shah Alam